Khamis, 13 September 2012

Wakaf dan Khatam Al-Quran

Waqaf Al-Quran

Wakaf adalah ibadah sunnah yang dicontohkan oleh Nabi SAW dan para sahabat beliau. Wakaf memiliki kelebihan dibandingkan ibadah sunnah lainnya, yakni pahala yang mengalir terus menerus sekalipun yang berwakaf (wakif) sudah meninggal dunia. Rasulullah SAW bersabda:

“Jika meninggal anak Adam, maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal. Shadaqah Jariyah, Ilmu yang bermanfaat, dan anak sholeh yang mendoakan orang tuanya” (H.R. Muslim)

Sehubungan itu, kami Raudhah Umrahajj Services menawarkan perkhidmatan mewaqafkan Al-Quran kepada pelajar-pelajar yang sedang menuntut di timur tengah atau kepada pusat-pusat pengajian Islam di dalam atau diluar negara.

Satu naskhah Al-Quran adalah pada harga RM100 sahaja.

Khatam Al-Quran


Manual pemberian al-Khaliq kepada makhluqNYA, manusia.

Pada zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, ada para sahabat Nabi yang mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh yang sangat singkat.  Namun, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam memberi pesan bahawa jika mahu khatam dalam masa yang singkat, maka janganlah khatam kurang dari 7 hari.

Dari `Abdullah bin `Amru radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Bacalah (khatamkanlah) al-Quran dalam sebulan sekali.”  Aku berkata:  ”Sesungguhnya aku mampu untuk lebih dari itu.”  Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Maka, khatamkanlah dalam tujuh hari, jangan kurang dari itu.”
(HR al-Bukhari)

Pesanan ini bertujuan supaya para sahabat membacanya dalam keadaan baik, tidak tergopoh-gapah dan membacanya dengan penghayatan.  Kerana manfaat utama dari al-Quran adalah dengan menghayati maksudnya.  Di samping itu, supaya para sahabat tidak melupakan akan tugas dan peranan harian mereka.

Orang-orang soleh dari kalangan para sahabat, tabi`in, tabi`ut tabi`in, salafussoleh dan selepas zaman mereka sentiasa dalam masa ke semasa khatam al-Quran.  Mereka bukan sekadar baca dan faham.  Malah mentadabburnya dan menghidupkan inti al-Quran.  Kita wajar mencontohi sifat mereka yang mulia itu.

Sehubungan itu, kami Raudhah Umrahajj Services menawarkan perkhidmatan Khatam Al-Quran untuk arwah ibubapa dan saudara mara terdekat. Khatam Al-Quran ini akan dilaksanakan oleh pelajar-pelajar yang sedang menuntut di Makkah.

Khatam Satu naskhah Al-Quran adalah pada harga RM350 sahaja.