Khamis, 13 September 2012

Dam Haji dan Umrah




Harga Dam Haji / Umrah : RM 450.00

DAM HAJI / UMRAH

Bagi kesempurnaan Ibadah Haji/Umrah yang ditunaikan sebelum ini, sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan dan perlu membayar dam, maka kami sedia membantu anda menguruskan Dam Haji/Umrah anda.

PENGERTIAN DAM

Dam pada bahasa bererti darah dan pada Istilah hukum syarak bererti denda yang dikenakan ke atas seseorang yang mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau melakukan perkara-perkara yang dilarang.

HIKMAH DAM

1) Menampung kekurangan dalam ibadat haji.
2) Berhati-hati melaksanakan Ibadat haji.
3) Meringankan bebanan jemaah haji.

Dam terbahagi kepada 4 jenis iaitu : Dam tertib takdir, Dam tertib takdil, Dam takhyir takdir dan Dam takhyir takdil.

JENIS-JENIS DAM

JENIS DAM
KESALAHAN
BAYARAN
1.  Dam tertib takdir
Iaitu dam dibayar mengikut susunan (tertib). Kemampuan dam perlu mengikut ketetapan syarak (takdir).

Dam ini tidak boleh dipilih atau diganti.
1.  Tidak berihram di miqat
2.  Mengerjakan haji secara qiran atau tamattuk
3.  Luput waktu di Arafah
4.  Tidak bermalam di Mina
5.  Tidak melontar jamrah
6.  Tidak menepati Nazar yang berkaitan ibadat haji
·     Menyembelih seekor kambing

Sekira tidak mampu

·     Berpuasa 10 hari, 3 hari di Makkah dan 7 hari apabila pulang ke tempat masing-masing
7.  Tidak melakukan tawaf wida’
·     Bagi jemaah haji yang meninggalkan tawaf wida’ hendaklah berpuasa 3 hari setelah berlepas dari Mekah dan 7 hari. 

JENIS DAM
KESALAHAN
BAYARAN
2.  Dam tertib takdil

Ialah dam yang boleh ditaksirkan (harganya) dan boleh ditukar kepada benda lain mengikut kemampuan masing-masing
1.  Melakukan persetubuhan sebelum tahalul pertama (membatalkan haji)
Sekira tidak mampu

·     Menyembelih seekor Unta

Sekira tidak mampu

·     Menyembelih seekor Lembu

Sekira tidak mampu

·     Menyembelih 7 ekor kambing

Sekira tidak mampu

·     Membeli makanan dengan nilai harga unta dan disedekahkan kepada fakir miskin.

Sekira tidak mampu

·     Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan seekor unta.
2.  Terhalang daripada memasuki Mekah setelah berniat ihram.
·     Menyembelih seekor kambing dan bercukur

Sekira tidak mampu

·     Membeli makanan dengan nilai harga kambing dan bercukur

Sekira tidak mampu

·     Membeli makanan dengan harga kambing disedekahkan kepada fakir miskin

Sekira tidak mampu

·     Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai harga kambing.

JENIS DAM
KESALAHAN
BAYARAN
3.  Dam takhyir taqdir

Boleh ditunaikan mengikut pilihan sendiri (takhyir)
1.  Memakai pakaian yang bersarung atau berjahit bagi lelaki
2.  Memakai bau-bauan.
3.  Memotong kuku.
4.  Bersetubuh kali kedua sebelum tahalul awal
·     Menyembelih seekor kambing dan disedekahkan kepada fakir miskin

Atau

·     Bersedekah 2 cupak makanan kepada enam orang fakir miskin

Atau
·     berpuasa selama 3 hari

JENIS DAM
KESALAHAN
BAYARAN
4.  Dam takhyir takdil

Ialah pembayarannya bergantung kepada pilihan sendiri dan tidak ditetapkan tetapi berdasarkan harga sebanding.
1.  Berburu binatang darat.

2.  Menebang, memotong, atau mencabut pohon d Tanah Haram.
·     Menyembelih binatang ternakan yang sebanding dengan binatang buruan itu.

Atau

·     Membeli makanan dengan nilai harga binatang buruan itu.

Atau

·     Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dibeli dengan harga binatang buruan itu.